Wednesday, August 20, 2008

SEJARAH RAUB







Raub adalah salah sebuah dari 6 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada 7 buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Ia juga mempunyai 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampong baru China . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% dari keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua banjaran, iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5º dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke pekan kecil ini melalui lebuhraya Kuala Lumpur Karak.




SEJARAH AWAL RAUB


Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke Tebat atau Tebatan(satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).




Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat.Kelihatan pasir di kiri dan kanan Tebatan itu amat bersih. Kedua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya.




Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran Tebatan untuk dijadikan makanan.Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir ditebing Tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercaya mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".




Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan Tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari Raup.







Perkataan Raub dalam Bahasa Malaysia bermaksud genggam. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya, "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raub) of gold" (hlm. 36).
Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine.
Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.





Kaedah perlombongan yang dijalankan di daerah Raub adalah kaedah bawah tanah ( shaft mining) dan ia dimulakan di Lubang Raub (Raub Hole). Daerah yang terlibat dengan perlombongan emas ialah Bukit Koman dan dipercayai perlombongan telah meliputi kawasan bawah tanah hingga ke bandar Raub. Kawasan bawah tanah antara pekan Bukit Koman dan bandar Raub adalah berlubang dan ini meninggalkan kesan yang buruk kepada pembangunan fizikal bandar. Hingga kini Raub tidak boleh mendirikan bangunan-bangunan tinggi.





Kegiatan perlombongan emas telah meninggalkan warisan sejarah yang berharga untuk daerah Raub. Kebanyakan nama jalan-jalan utama bandar Raub sebelum 1980-an adalah sempena nama pengurus lombong RAGM. Misalnya jalan Bibby Road, sempena nama pengurus pertama, William Bibby dan Mason Road yang juga sempena nama salah seorang pengurus lombong zaman berkenaan.





Kemajuan perlombongan juga menyebabkan bandar Bukit Koman kawasan di mana RAGM beroperasi menjadi terkenal dan mendapat jolokan "Ibu Emas Malaysia". Ia seolah-olah menjadi pusat pelancungan daerah Raub. Ramai pelawat-pelawat asing dari England, Singapura dan beberapa negara lain mengunjungi bandar ini dengan tujuan untuk melihat sendiri kegiatan perlombongan emas. Bandar Bukit Koman juga menikmati pelbagai kemudahan selepas R.A.G.M. memulakan kegiatan. Antaranya jalanraya yang menghubungkan bandar Bukit Koman dengan daerah Raub dan dengan Kuala Lumpur, rumah sembelih binatang, kedai, bekalan letrik dan berek tempat tinggal untuk para pekerja dan sebuah sekolah rendah berpengantar bahasa Cina, Yuh Hwa yang dibina pada 1907. Ia disifatkan sebagai sekolah kebangsaan Cina kedua tertua di Malaysia.




Ancaman Komunis di semenanjung dan khususnya di daerah Raub pada tahun-tahun 40-an menyebabkan langkah-langkah diambil untuk mendirikan penempatan-penempatan baru. Hasilnya muncul kampung-kampung baru yang kekal hingga ke hari ini. . Kampung-kampung baru tersebut ialah Cheroh (1948), Sang Lee (1948), Sungai Ruan (1948), Sungai Chetang (1948), Bukit Koman (1949), Sempalit (1950), Sungai Lui (1950), Tras (1950) dan Sungai Klau (1960).

SENARAI AJK UMNO BAHAGIAN RAUB


PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
No. Pendaftaran : PPM/PHG. 251/88 – 72/ (2)
BAHAGIAN RAUB

SENARAI AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN RAUB






Ketua :
YB Dato’ Hj Shahiruddin bin Abd Moin


Timbalan Ketua :
YH Dato’ Hj Mustaffar Kamal bin Hj Abd Hamid


Naib Ketua :
YH Dato’ IR Hj Azinudin bin Abd Rahim


Ketua Pemuda :
YM Tengku Abd Rahman bin Tengku Perang


Ketua Wanita :
Puan Jariah bt Hj Hashim


Ketua Puteri :
Puan Rosmiley bt Bontat


Setiausaha :
YB Abdul Aziz bin Hj Mat Kiram


Bendahari :
Tuan Hj Abdul Manap bin Jaafar


Ketua Penerangan :
Tuan Hj Abdul Rashid bin Mohamed


Ahli Jawatankuasa :
YB Abdul Aziz bin Hj Mat Kiram
Encik Abd Aziz bin Abas
Tuan Hj Ahmad Sabri bin Zainal Abidin
Tuan Hj Mohidin bin Ibrahim
YM Raja Ali bin Raja Meran
YH Dato’ Sulaiman bin Ibrahim
Tuan Hj Abdul Manap bin Jaafar
Encik Saharul Nizam bin Osman
Encik Shaharuddin bin Hj Dahalan
Encik Zulkipli bin Md Yusof
Encik Khairul Azhar bin Abd Manaf
Puan Hjh Rassiah bt Tamsil
Encik Mohd Nazri bin Romly
Encik Anuar bin Mat Din
Encik Osman bin Ibrahim
YBhg Datuk Abdullah bin Abu Bakar
Encik Hamzah bin Bahari
Encik Kamal bin Hj Sharif
Encik Shahari bin Suhor
Encik Husziabidi bin Hj Husin
Tuan Hj Abd Rawi bin Hj Ibrahim
Cik Juliana bt Mohamad @ Sohod
Encik Arif Fadzilah bin Hj Abu Samah
Encik Ibrahim bin Mohamed
Puan Hjh Zainab bt Mat Yudin



Pemeriksa Kira-Kira :
Encik Abu Bakar bin Mat Lela
Encik Abdullah Sani bin Bakar




Setiausaha Kerja :
Encik Ruznan bin Arshad

SEJARAH PENUBUHAN UMNO


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu


United Malay National Organisation


UMNO


ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو



UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu. Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu.
Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju. Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai faktor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat. Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini.
Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara.
Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan. Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.